ARTIS M RAJOLI MENINGGAL DUNIA

Al Fatihah kepada M Rajoli Mohd. Rajoli @ Mohd. Rajab Mohamed berumur 65 tahun telah yang telah disahkan meninggal dunia akibat jangkitan virus paru-paru jam 10.40 malam tadi (17 September 2010) setelah di masukkan ke wad sejak hari Khamis yang lalu.






Beliau telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang di sisi isteri pertama Hassimah Mat Din dan anak bongsunya, Mohd. Arif dan juga anggota keluarga yang lain.





Allahyarham meninggalkan dua orang isteri, Hashimah dan Wan Chik Othman. Bersama Hashimah, M. Rajoli mempunyai empat orang anak iaitu Siti Zaleha, 34; Nur Muhammad, 33; Siti Nazirah, 27, dan Mohd. Ariff.



Allahyarham anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan yang di lahirkan pada 7 April 1945 di jadual dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat, Kuala Lumpur kira-kira pukul 11.0 pagi ataupun sebelum solat Zuhur, Sabtu.



Sebelum itu akan di bawa ke Masjid Al Ikram untuk di sembahyangkan dan untuk memberi peluang kepada orangramai memberi penghormatan terakhir.





Marilah kita sedekah Al Fatihah kepadaAllayarham M Rajoli yang mengidap kanser di kelenjar otak atau lymphoma sejak tiga tahun .





Allahyarham memang seorang pelakon serba boleh dan selalu melakonkan watak orang yang beriman seperti Pak Imam. Beliau telah berlakon lebih kurang 30 filem dan lakonan terakhir beliau Lembing Awang Pulang Ke Ganggang.





Marilah kita sedekah Al Fatihah kepadaAllayarham M Rajoli yang mengidap kanser di kelenjar otak atau lymphoma sejak tiga tahun .

Popular posts from this blog

SISTEM PEMBUMIAN

PENCAWANG

RING MAIN UNIT