Posts

Showing posts from 2018

SISTEM PEMBUMIAN

Image
Sistem Pembumian(elektrik) di Malaysia PENGENALAN Bumi merupakan satu jisim yang amat besar sehingga mampu menerima dan meneutralkan sejumlah volatan yang tinggi tanpa menjejaskannya terutama dari panahan kilat. Pada 1836 Seorang saintis Jerman   Carl August Steinheil  telah menemui  bahawa bumi boleh digunakan sebagai laluan balik bagi melengkapkan litar elektrik tanpa memerlukan wayar balikan. Ia digunakan beberapa tahun dalam sistem telegraf sehingga talian telefon dicipta sistem ini tidak sesuai lagi. Pada 1928  Philip F. Labre seorang pelajar  di Sekolah Kejuruteraan Milwaukee (MSOE) mendapati  bahawa jika plag tersebut dibumikan, arus elektrik akan pergi ke bumi dan bukannya ke badan manusia. Seterusnya beliau memohon untuk diberi paten dengan bentuk soket 3 pin yang digunakan sehingga ke hari ini. Sambungan elektrik ke bumi dibuat kerana dua sebab.  1- Untuk keselamatan pengguna dari bahaya renjatan, kebakaran dan kemusnahan harta benda. Pada awalnya perlind

KABEL BAWAH TANAH

Image
TAJUK: PENGENALAN KEPADA PEPASANGAN SESALUR KABEL BAWAH TANAH TUJUAN: Helaian Penerangan ini bertujuan menerangkan rekabentuk pepasangan sesalur kabel bawah tanah yang terdapat pada sesuatu pepasangan industri serta dapat memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran dalam melakukan kerja-kerja penyelengaraan pepasangan elektrik voltan rendah. PENERANGAN Kabel adalah perantaraan atau bahantara untuk membawa tenaga elektrik dari punca penjanaan ke tempat pengguna. Oleh kerana kadaran arus, kadaran voltan, keadaan alat dan tempat pemasangan, yang berbeza- beza, maka terdapat kabel-kabel dalam berbagai jenis dan saiz bagi memenuhi keperluan tersebut. Kabel-kabel elektrik boleh dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut bekalan arus ulanglik atau arus terus seperti berikut: - kabel voltan tinggi - kabel voltan rendah - kabel kawalan - kabel telehubungan - kabel data/isyarat Definasi pemilihan pemasangan kabel. Pemasangan yang baik bergantung kepada pemilihan kabel dan pendawaian yang sesu