Sistem Pembumian(elektrik) di Malaysia PENGENALAN Bumi merupakan satu jisim yang amat besar sehingga mampu menerima dan meneutralkan sejumlah volatan yang tinggi tanpa menjejaskannya terutama dari panahan kilat. Pada 1836 Seorang saintis Jerman Carl August Steinheil telah menemui bahawa bumi boleh digunakan sebagai laluan balik bagi melengkapkan litar elektrik tanpa memerlukan wayar balikan. Ia digunakan beberapa tahun dalam sistem telegraf sehingga talian telefon dicipta sistem ini tidak sesuai lagi. Pada 1928 Philip F. Labre seorang pelajar di Sekolah Kejuruteraan Milwaukee (MSOE) mendapati bahawa jika plag tersebut dibumikan, arus elektrik akan pergi ke bumi dan bukannya ke badan manusia. Seterusnya beliau memohon untuk diberi paten dengan bentuk soket 3 pin yang digunakan sehingga ke hari ini. Sambungan elektrik ke bumi dibuat kerana dua sebab. 1- Untuk keselamatan pengguna dari bahaya renjatan, kebakaran dan kemusnahan...
PENCAWANG Pencawang ialah satu tempat dimana terdapat bekalan elektrik masuk dan keluar (incoming and outgoing supply). Bekalan dikawal oleh perkakas suis (seperti ring main unit, pemutus litar), alatubah dan berbagai jenis sistem perlindungan dan kabel. Bekalan yang masuk melalui kabel bawah tanah dan pemutus litar/perkakas suis disalurkan ke alatubah untuk menurunkan voltannya sebelum disalurkan kepada pengguna. Fungsi pencawang ialah untuk menerima, mengubah, menghantar, mengendalikan serta membahagikan bekalan elektrik kepada pencawang lain ataupun pengguna. Ia juga membolehkan penyuisan masuk atau keluar kebahagian-bahagian lain dalam satu-satu sistem. Disamping itu bahagian yang rosak dalam satu-satu sistem diasingkan dengan cara penyuisan dan bekalan elektrik dapat diberikan melalui litar yang lain dari arah yang lain. Pada kebiasaannya pihak TNB akan meminta mana-mana pihak samada kerajaan ataupun swasta mengadakan satu pencawang voltan tinggi 11kV bilamana Kehendak Ma...
Pendahuluan Tenaga elektrik yang dibekalkan ke rumah atau industri datangnya dari rangkaian sistem penghantaran yang kemudiannya direndahkan nilai voltan arus ulang-alik untuk disambung ke rangkaian sistem pembahagian. Proses penukaran nilai voltan dilakukan di pencawang elektrik. Salah satu kebaikkan menggunakan sistem voltan arus ulang-alik ialah nilai voltannya boleh diubah dengan menggunakan alatubah. Kemagnetan. Ciri-ciri asas alatubah ialah kemagnetan. Kemagnetan merupakan satu fenomena yang penting dalam bidang elektrik. Magnet kekal adalah magnet yang tidak memeriukan sebarang kuasa atau daya bagi mengekalkan medan magnetnya . Urat daya magnet Magnet kekal menghasilkan urat daya magnet yang dipanggil "fluks". Simbol fluks adalah abjad Greek phi ( q ). Urat daya magnet dapat dilihat dengan meletakan sekeping kertas di atas magnet dan ditaburkan habuk besi diatas kertas tersebut. Habuk besi yang ditaburkan akan menjajar dalam corak sep...
Comments