Sistem Pembumian(elektrik) di Malaysia PENGENALAN Bumi merupakan satu jisim yang amat besar sehingga mampu menerima dan meneutralkan sejumlah volatan yang tinggi tanpa menjejaskannya terutama dari panahan kilat. Pada 1836 Seorang saintis Jerman Carl August Steinheil telah menemui bahawa bumi boleh digunakan sebagai laluan balik bagi melengkapkan litar elektrik tanpa memerlukan wayar balikan. Ia digunakan beberapa tahun dalam sistem telegraf sehingga talian telefon dicipta sistem ini tidak sesuai lagi. Pada 1928 Philip F. Labre seorang pelajar di Sekolah Kejuruteraan Milwaukee (MSOE) mendapati bahawa jika plag tersebut dibumikan, arus elektrik akan pergi ke bumi dan bukannya ke badan manusia. Seterusnya beliau memohon untuk diberi paten dengan bentuk soket 3 pin yang digunakan sehingga ke hari ini. Sambungan elektrik ke bumi dibuat kerana dua sebab. 1- Untuk keselamatan pengguna dari bahaya renjatan, kebakaran dan kemusnahan...
PENCAWANG Pencawang ialah satu tempat dimana terdapat bekalan elektrik masuk dan keluar (incoming and outgoing supply). Bekalan dikawal oleh perkakas suis (seperti ring main unit, pemutus litar), alatubah dan berbagai jenis sistem perlindungan dan kabel. Bekalan yang masuk melalui kabel bawah tanah dan pemutus litar/perkakas suis disalurkan ke alatubah untuk menurunkan voltannya sebelum disalurkan kepada pengguna. Fungsi pencawang ialah untuk menerima, mengubah, menghantar, mengendalikan serta membahagikan bekalan elektrik kepada pencawang lain ataupun pengguna. Ia juga membolehkan penyuisan masuk atau keluar kebahagian-bahagian lain dalam satu-satu sistem. Disamping itu bahagian yang rosak dalam satu-satu sistem diasingkan dengan cara penyuisan dan bekalan elektrik dapat diberikan melalui litar yang lain dari arah yang lain. Pada kebiasaannya pihak TNB akan meminta mana-mana pihak samada kerajaan ataupun swasta mengadakan satu pencawang voltan tinggi 11kV bilamana Kehendak Ma...
PERBEZAAN OLU DAN RING MAIN UNIT OLU - oil link unit ( adalah sejenis suisgear yang menggunakan medium minyak sebagai penebat dan arching demolish). suisgear ni selalunya single je (tunggal je).. satu unit je dia dgn transformer RMU- ring main unit ( suisgear yg digabungkan, selalu ada 2 unit suisgear bersebelahan masing2..) dia pakai fius sebagai protection (bukan minyak macam OLU).. fungsi dia advance sket dari RMU, dia boleh bagi ring circuit pada transformer/ feeder. suisgear - ( OLU, RMU, adalah contoh2 suisgear) OLU &RMU ni ada di distribution je.. sila tambah lagi pasal ni, mungkin ada kawan2 yang tahu lebih lanjut pasal OLU & RMU ni..atau jenis2 suisgear lain..kongsi2 kan.. suis ni sbnrnya ad 2 kategori saja,iaitu unit gegelang utama (ring main unit) n pemutus litar (breaker).RMU ada 2 jenis iaitu minyak n gas.rmu y jenis olu&hfu tu mggunakan minyak.manakala jenis y mggunakn gas adalh sprti falcon beta,f...
Comments